Tuesday, October 8, 2013

rendu





salam.



hai readers. aku rindu nak menaip.
tapi lansung tak reti curi sikit masa tuk menaip.
sebab aku bukan pencuri masa, aku pembazir masa.



aku menaip bukan untuk sape-sape bace.
sebab aku rindu nak cerita untuk belog ni.
biarpon aku tau takde readers yang nak bace.
but,
the truth is.
aku rase kosong!



kekadang aku rase aku dah cukup dewasa.
cukup kuat.
paling tabah dugaan.
tapi baru kene jentik sikit.
dah terlolong macam kene sembelih.
dan yang sebenarnya,
aku tak kuat lansung.
aku pura-pura kuat.
supaya orang nampak aku dah dewasa.



syukur Allah hantarkan lelaki ini menjaga aku.
melengkapkan hidup aku.
paham tiap aku kenapa dahi ini berkerut.
melayan kerenah tiap kali bibir ini memuncung.
tahu isi hati ni walau aku tak penah cakap.
tak penah lupa kesat air mata aku yang mengalir.
aku paling kalah dengan lelaki ini.
yang selalu pujuk untuk aku senyum.
yang selalu membebel kalau ade yang tak kena kat mata dia.
yang selalu usap kepala aku sebelum tido.
yang selalu buat aku rindu.



terima kasih yaAllah,
kerana kau sempurnakan hidup ni cukup dimata aku.
kerana kau hantarkan lelaki itu sebagai imamku.
untuk menjaga aku waktu senang dan susah.
ketawa dan menangis dengan aku.
mohon Allah panjangkan usia ikatan ini.
izinkan aku mencium tangannya sampai syurga.
insyaAllah.




bilik kecik
port klang
oktober 2013



With ♥ LoLa






♥ Thanks For Reading SyuLola's Diary ♥

Thursday, July 25, 2013

enambelas




Salam ke 16 ramadhan.





Baru nak update.
Ramadhan kali ni aku sangat la selow.
Pemalas pun iye jugak.
Syaitan memang tak ada.
Tapi dah memang kalau pemalas tu malas jugak jawabnya.



Hari ni sangat kelam.
Mungkin kesan semalam tak balik jumpa suami.
Mungkin la.
Suami mengadu leher sakit tersalah tido.
Barulah isteri menyesal tak balik jumpa suami semalam.
Mungkin kalau balik, tido di peha isteri boleh baik.
Mungkin la.



Setelah 2 bulan dan 16 hari berkahwin.
People keep questioning.
Dah ada isi?
Dah ade ape2 tak?
Bila nak dapat anak buah?
Jawapan aku,
Aku bukan Allah, punya hak menyebut kun fa ya kun.
Tapi hanya mampu jawab dalam hati je la.
Rezeki itu kuasa Allah.
Jadi hambaNya kena berusaha.
Selebihnya kau serahkan padaNya.
Sebab Dia tau apa yang terbaik.
Semua sudah tertulis sejak azali lagi.
Siapa jodoh kau.
Berapa anak kau.
Apa pekerjaan kau.



Baru dua bulan dah bising.
Orang yang 2,3,4,5,6,7 dan bertahun-tahun  tak dapat anak tu apa perasaan mereka.
Bersyukur, Berusaha, Doa, dan Tawakal.
InsyaAllah, kalau ada rezeki,pasti ada.



Lusa, plan iftar dengan budak itam.
Tak sabar.
Nextweek, balik kampung Pahang sebelum raya.
Tak sabar jugak.
Sebelum berhari raya dirumah mertua.
Pertama kali jauh dari family.
Allah yang tau sebaknya rase.
Jangan tunggu pagi raya.
Sekarang ni pun kalau dilayan mahu meleleh air mata ni.





*pause*





Pagi tadi pertama kali makan nasi masa sahur di vista.
Selalu sahur makan nasi hanya dengan suami.
Pagi tadi teringin.
Siap masak sambal telor.
Akibatnya pagi ni sakit perot.
Perot dah biasa ESP Shaklee+Milo+Nestum
Tetibe hari ni nasi sepinggan.




Okey nak sambung keja.
Sambil kesat hidung yang selsema tak habis.

Bai.





With ♥ LoLa





♥ Thanks For Reading SyuLola's Diary ♥

Friday, July 5, 2013

FridayImInLove




Salam jumaat uols.



Bila jumaat je ada 3 benda yang buat aku eksited.



First thing,
Setiap jumaat wajib aku balik ke port klang rumah suami.
Semua orang dah tau ke belom aku ni dengan suami duduk jejauh?
Kalau belom meh aku bagitau.
Aku masih duduk di Vista Angkasa,Kerinchi
Suami pulak duduk kat Pendamar,Port Klang
Jarak kami suami isteri ialah 36.3km
Sebenarnye takde la jaun nau kalau nak berulang pepagi.
Tapi keupayaan aku ni ha nak bangun awal tiap-tiap pagi tu macam tak lah kan.
So, dalam seminggu 2 kali aku balik sane.
Rabu dan Jumaat.
Maka, rabu dan jumaat adalah hari eksited aku.
Dah jangan ditanya kenapa aku eksited.



Second thing,
Esok cuti yeay!
Bile jumaat ni separuh jiwa dah takde kat opis.
I cant imagine la orang yang kena keja sabtu acane la perasaan dieorang eh?
*cc to Munirah*



Third thing,
Sebab nak tengok cite Sebenarnya Saya Isteri Dia.
Sebab Tiz Zaqyah macam naïve sangat.
Izzue Islam macam lelaki mahu tapi ego sangat.
Auuwwww.
Hari ni episod last.
Kemaen semangat nak tengok.
Maka kena masak awal-awal ni.
Hari tu balik p.klang.
Tengok sebelah suami.
Aku je tergedik-gedik senyum sorang.
Laki aku macam takde perasaan je.
Kesian mokcik.
Takpe la.
Redha je.





 alolorr sweet kemaen.



hensem kan izzue islam. kan? kan?








.
.
.
.
.
.
.
.
.
.







tapi





kami lagi sweet.



 dan suami saya terpaling hensem,comel,cute dimata saya. eh tetibe saya pulak.





kang mesti ada orang cakap.
dah kawen asik cite pasal laki die je.
dah tu aku nak cite pasal sape lagi.
laki aku la.
tak kan laki kau pulak.
ke abah kau?




album kawen dah siap.
sebab tu up gambor kawen je.
mood pengantin baru masih bersisa.
harap kawan-kawan terhibur dengan updatenye belog ini.
bai.





With ♥ LoLa




♥ Thanks For Reading SyuLola's Diary ♥