Sunday, January 23, 2011

Hiperhidrosis

hye. happy sunday. 


lately ni I slalu cari info pasal penyakit ini. tapi website malaysia tak banyak sangat pasal ni. actually, buah hati si miaw2 dah lama menghidap penyakit ni. since kecikkecik lagi. tapi dah muda remaja belia ni makin teruk pulak. nampak macam perkara kecik jer kan. tapi kadangkadang hiperhidrosis ni boleh menganggu emosi penghidapnye.



hiperhidrosis ini ialah keadaan fisiologi yang disebabkan oleh sistem saraf simpathetik terlalu aktif iaitu dalam kata laen ialah masalah perpeluhan yang berlebihan pada anggota badan dan kebiasaannya berlaku pada tapak tangan dan kaki dan juga di bawah ketiak. sindrom ini boleh berlaku sejak usia 10 tahun hingga 22 tahun. Walaupun tidak menjejaskan kesihatan keseluruhan, hiperhidrosis dianggap mengganggu aktiviti sosial individu terbabit. Individu terbabit akan rasa tidak selesa, rendah diri dan kurang berkeyakinan untuk bertemu orang ramai.


rawatan?



Antiperspirant

  • Dicadangkan kepada kes hiperhidrosis ringan dan bersifat sementara.

  • Pemakaian perlu diulang.

  • Pesakit serius, kaedah ini langsung tidak berkesan



  • Suntikan
  • Bagi mengurangkan aktiviti saraf simpathetik.

  • Namun kadangkala mengganggu aktiviti simpathetik hingga berlaku masalah lain seperti sembelit, cirit-birit, rasa loya dan pengsan.

  • Hanya bertahan antara enam hingga lapan bulan sahaja.


  • Pembedahan
  • Pembedahan invasif minimum melalui VATS paling berkesan dan selamat.

  • Mengambil masa sekitar satu jam.

  • Kesan serta-merta.

  • Kejayaan hampir 100 peratus.

  • Luka pembedahan hanya sebesar 5mm - 1sm.


  • sekian info untuk hari ini.
    sumber : utusan


    with ♥ lola

    ♥ Thanks For Reading SyuLola's Diary ♥

    1 0 merepekmeraban: