Wednesday, January 11, 2012

parit raja dah tak selamat




hye korang :)



ni berita yang masih hot. pukul 8 tadi kiteorang pegi kuar makan. selalu port makan kiteorang dekat dengan perwira hostel lama aku dulu. so kalau dari taman universiti ni kena lalu depan uthm la dulu untuk ke kedai makan tu. lepas traffic light depan uthm tu kiteorang dengar bunyik siren tau. budget ambulan sebab kat sini selalu betoi eksiden kan. tapi bile cari bunyi siren tu rupenye polis sedang mengejar 1 kereta honda kaler gold. kereta tu macam nak buat u-turn nak lari dari polis tu la. pastu dengar 2 kali tembakan. kiteorang yang dalam kete ni semua takot la. terus bawak kete slow. okey ingat benda tu dah settle kat situ. tetibe sedar kereta honda tu memecut laju sebelah kiteorang then start dengar siren polis kejar kete tu. sumpah masa tu Allah je yang tahu. pija terus slow. then, depan mata kiteorang tengok 1 kereta viva ni berpusing-pusing 2,3 kali sebelum tersadai kat tepi divider. pastu terdengar dua das tembakan. pija terus parking tepi. semua dah gigil masa tu. sekelip mata je benda ni jadi. semua depan mata. kereta penjahat tu terpusing jugak. viva tu tadi ade kat sebelah kete kiteorang je. tapi sebab die laju skit kat depan. kiteorang slow since dengar tembakan tu. kalau tak mesti BJU jadi mangsa keadaan tu. alhamdulillah. Allah selamat kiteorang. tapi kesian mangsa si kereta viva tu. dengar cerita budak uthm jugak. viva tu dirempuh dengan kereta penjahat tu.



mangsa kereta viva. aku cilok dari fb ydp mpp uthm.



status terkini aku pon tak pasti. juz bace dari status fesbuk je. penjenayah tu 2,2 orang terlepas. aku pon memang tak nampak macam mane die lari. sebab area tu gelap dengan takde lampu jalan nye. harapharap semua student especially budak perwira berjagajaga ye. lepas ni hidup dalam ketakutan la nampaknye. 



p/s - tatabahasa aku failed skit wei. maapkan. :(
kejadian ini berlaku pada 10/01/12 lebih kurang pukul 8.30



With ♥ LoLa




♥ Thanks For Reading SyuLola's Diary ♥

2 0 merepekmeraban:

kepochicomel said...

kesiannye.cepatlaa dpt tgkp penjahat tu kan :(

♥miSSLoLa♥ said...

@kepochicomel dh dpt tangkap pon. hehehe.