Sunday, June 17, 2012

luck




hye peeps :)



baru balik keje. gua penat nak mampos. keje 7 hari seminggu yaww. ni pestyme aku keje on weekend. penat. minggu ni minggu penat aku. minggu malang aku. minggu yang buat aku lelah. minggu paling banyak keluarkan air mata. macammacam yang jadi minggu ni. aku ceritakan 1 persatu.



cerita malang 1

my lovely henfon tersayang yang dah berkhidmat selama 3 tahun hilang. yup. memang salah aku. cuai. henfon tu tergolek keluar dari beg aku jatuh dalam van yang bawak aku balik time ot. beg aku tak berzip. aku memang malas nak zip beg. maka ni lah padahnya. sony ericsson k660i dah selamat hilang dari mata. hilang sudah segala kenangan. budakbudak hitam mesti tau banyak nye kenangan henfon ni dalam hidup aku. yang buat aku sedih henfon tu duit mak aku. lepas ni kene cari duit lebih. beli henfon baru. :(



k660i in memory. really mish u.



cerita cuak 2

esoknya lepas henfon hilang bila sampai rumah aku tersedar jam aku hilang. cari dalam handbeg tade. aku budget mst dlm drawer kat meja aku. sebab before amek wuduk aku cabot. tapi hati aku syak yang alu tertinggal kat toilet. sampai je opis pagi tu. belum punch card aku teros pegi toilet tengok jam. tade. aku sampai meja tengok drawer tade jugak. sah lah jam aku pulak hilang. episod menangis kali kedua. semua orang aku tanya. tapi mungkin rezeki aku lagi, jam aku tu akak unit undangundang simpan. tapi die tade. pegi outstation. so isnin nanti baru dapat. lega. 



alhamdulillah. masih ade rezeki dengan ini jam. syukur ya rab.



cerita sedih 3

korang pon tau. hari ni fathers day. aku punye la eksited. dah beli hadiah tuk ayah aku. minggu ni aku dah plan baek punye nak balik kampung. siap dah call mak aku sume bagitau. sekali aku dapat data yang super duper banyak nak mampos. data ni pesen sumpahan tau. lagi kau buat, lagi tak siap. lagi banyak kau buat, kau scrool bawah lagi banyak. aku bile tau keje ni kene submit on monday aku dah cuak. dah la data banyak lagi. memang aku tak boleh balik kampung la. call mak aku, dengar suara mak aku pon aku dah sebak. giler meronta dalam jiwa nak balik kampung. nanges lagi. lepas call mak aku air mata meleleh-leleh. kalah lagi dengan perasaan sendiri. demnz.



cerita penat 4

setiap hari balik pukul 8 malam. keje on weekend. dis is not kewl ye adikadik. rase dah macam kena buat keje amal je. penat weh. ni pon aku nanges jugak. sebab aku rase penat sangat dengan data ni. mata dah berbulu je tengok data bebanyak. berkerjaya ni tak best upenye. dapat duit je best.hahahaha.



data dan data. eh aku cek data jimmy shanley aritu. bangga jap. cek data retiss. terus buat sambil senyumsenyum. hikhikhik.



cerita kecewa 5

yang ni aku kecewa sangat. baru tau petang tadi. aku tak dapat jawatan yang diidamkan. so, need to tunggu and tunggu. yang buat aku down giler, biler kawankawan yang dekat kau sume dapat. tapi kau tak dapat. lepas tu, yang aku frust sebab aku dapat kaunter panel yang cerewetz. sumeorang lebih kurang setengah jam kena temuduga. macam haram j je. dieorang cakap maybe ade second intake. malas nak berharap dah. redha. pasrah.









sungguh aku rase macam dunia ni sangat tak adil. tersedar. aku istighfar. bukan dunia ni tak adil. tapi Allah cuma bagi ujian kecil tuk hambaNya yang lemah ni. Dia nak uji kesabaran aku. berhenti merungut. esok hari baru. senyum kembali. fullstop.



With ♥ LoLa




♥ Thanks For Reading SyuLola's Diary ♥

3 0 merepekmeraban:

kaizen said...

sabar je laa...

Nadiyaya said...

sabar yeee. ;))
btw keje ape masuk2 data ni? curious lak nak tau hee

♥SyuLoLa♥ said...

@Nadiyaya kite buat cleansing data sume data peminjam ptptn untuk dimasuk kan ke sistem baru. huhuhu. nadia pnjm ptptn ke?