Sunday, September 23, 2012

random




hye peeps :)



aku rase macam nak potong rambut la. siap mimpimimpi lagi. punye la nak sangat potong rambut. nak potong rambut macam nana af tu tapi aku berangan nak simpan rambut panjangpanjang pastu nak buat rambut macam hamis jalikha. *mata kelip-kelip keatas*



niat dihati nak simpan rambut pepanjang cengini cam hamis jalikha. nanti boleh libaslibas rambut kalau bosan. #eh (sumber : google)



tapi macam nak potong macam rambut nana. kewl khenn? (sumber : google)



keje sekarang macam ombak rindu. kemaen samakan keje dengan ombak. kahkahkah. kalau datang keje tu sekali bertimbuntimbun sampai nak senyum pon tak sempat. *motip* kadang-kadang tu takde keje merilek kemaen. menangis kebosanan. *ok tipu* aku semakin okey dengan keje sekarang. tapi ada kabar angin sepoi-sepoi bahasa mengatakan nak rombak balik means reemployment kot (read : kot). alahai. mintakmintak tak jadi la. aku suke dengan unit undang-undang yang aku duduk sekarang. dah tau flow keje semua. karang dieorang letak aku unit laen matilah kena belajar balik. harap-harap khabar angin tu terus terbang dan tak jadi kenyataan.



aku nak cite pasal boboi. kucen kesayangan aku. mase before raya hari tu die memang asik buat hal. pancut sane sini. maybe sebab dah akil baligh kot. so mak aku bising la. sampai dalam bilik aku pon jadi port die memancut. mak aku ugutugut cakap nak buang die. aku syak die paham. so time raya tu macam okey sikit. tak buat hal time orang datang beraya. mak aku cakap habeskan dulu makanan kucen yang dah belikan untuk die tu, baru buang. aku pon dah redha je la. tetibe aku balik barubaru ni aku tengok makanan kucen banyak lagi. aku tanya la mak aku mane boboi. sekali mak aku cite boboi tak balik umah. dah dekat 2 minggu hilang. mak aku syak jiran aku meracun kucenkucen yang bersepah kat area umah die. bukan tuduh. tapi mak aku tengok dengan mata die sendiri anak jiran aku jinjit kucen yang dah mati buang kat belakang. sampai hati dieorang. kalau la dieorang yang bunuh boboi. semoga dieorang mendapat balasan sebab bunuh binatang yang tak berdosa tu. sobsobsob. :(



 masa ni boboi tecit lagi. noty sangat. boboi ni sangat manje dengan aku bile aku balik. 



tengok tu. garang giler muka die. tapi tipu je. die manje. tapi time lapar die punye memekak tak hengatt!
rindu boboi :(



till then. jumpa lagi nanti :)



With ♥ LoLa







♥ Thanks For Reading SyuLola's Diary ♥

0 0 merepekmeraban: