Thursday, July 25, 2013

enambelas




Salam ke 16 ramadhan.





Baru nak update.
Ramadhan kali ni aku sangat la selow.
Pemalas pun iye jugak.
Syaitan memang tak ada.
Tapi dah memang kalau pemalas tu malas jugak jawabnya.



Hari ni sangat kelam.
Mungkin kesan semalam tak balik jumpa suami.
Mungkin la.
Suami mengadu leher sakit tersalah tido.
Barulah isteri menyesal tak balik jumpa suami semalam.
Mungkin kalau balik, tido di peha isteri boleh baik.
Mungkin la.



Setelah 2 bulan dan 16 hari berkahwin.
People keep questioning.
Dah ada isi?
Dah ade ape2 tak?
Bila nak dapat anak buah?
Jawapan aku,
Aku bukan Allah, punya hak menyebut kun fa ya kun.
Tapi hanya mampu jawab dalam hati je la.
Rezeki itu kuasa Allah.
Jadi hambaNya kena berusaha.
Selebihnya kau serahkan padaNya.
Sebab Dia tau apa yang terbaik.
Semua sudah tertulis sejak azali lagi.
Siapa jodoh kau.
Berapa anak kau.
Apa pekerjaan kau.



Baru dua bulan dah bising.
Orang yang 2,3,4,5,6,7 dan bertahun-tahun  tak dapat anak tu apa perasaan mereka.
Bersyukur, Berusaha, Doa, dan Tawakal.
InsyaAllah, kalau ada rezeki,pasti ada.



Lusa, plan iftar dengan budak itam.
Tak sabar.
Nextweek, balik kampung Pahang sebelum raya.
Tak sabar jugak.
Sebelum berhari raya dirumah mertua.
Pertama kali jauh dari family.
Allah yang tau sebaknya rase.
Jangan tunggu pagi raya.
Sekarang ni pun kalau dilayan mahu meleleh air mata ni.





*pause*





Pagi tadi pertama kali makan nasi masa sahur di vista.
Selalu sahur makan nasi hanya dengan suami.
Pagi tadi teringin.
Siap masak sambal telor.
Akibatnya pagi ni sakit perot.
Perot dah biasa ESP Shaklee+Milo+Nestum
Tetibe hari ni nasi sepinggan.




Okey nak sambung keja.
Sambil kesat hidung yang selsema tak habis.

Bai.





With ♥ LoLa





♥ Thanks For Reading SyuLola's Diary ♥

0 0 merepekmeraban: