Tuesday, October 8, 2013

rendu





salam.



hai readers. aku rindu nak menaip.
tapi lansung tak reti curi sikit masa tuk menaip.
sebab aku bukan pencuri masa, aku pembazir masa.



aku menaip bukan untuk sape-sape bace.
sebab aku rindu nak cerita untuk belog ni.
biarpon aku tau takde readers yang nak bace.
but,
the truth is.
aku rase kosong!



kekadang aku rase aku dah cukup dewasa.
cukup kuat.
paling tabah dugaan.
tapi baru kene jentik sikit.
dah terlolong macam kene sembelih.
dan yang sebenarnya,
aku tak kuat lansung.
aku pura-pura kuat.
supaya orang nampak aku dah dewasa.



syukur Allah hantarkan lelaki ini menjaga aku.
melengkapkan hidup aku.
paham tiap aku kenapa dahi ini berkerut.
melayan kerenah tiap kali bibir ini memuncung.
tahu isi hati ni walau aku tak penah cakap.
tak penah lupa kesat air mata aku yang mengalir.
aku paling kalah dengan lelaki ini.
yang selalu pujuk untuk aku senyum.
yang selalu membebel kalau ade yang tak kena kat mata dia.
yang selalu usap kepala aku sebelum tido.
yang selalu buat aku rindu.



terima kasih yaAllah,
kerana kau sempurnakan hidup ni cukup dimata aku.
kerana kau hantarkan lelaki itu sebagai imamku.
untuk menjaga aku waktu senang dan susah.
ketawa dan menangis dengan aku.
mohon Allah panjangkan usia ikatan ini.
izinkan aku mencium tangannya sampai syurga.
insyaAllah.




bilik kecik
port klang
oktober 2013



With ♥ LoLa






♥ Thanks For Reading SyuLola's Diary ♥

0 0 merepekmeraban: